Miracle Day



Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, kali ni akhirnya ada juga kesempatan untuk aku menulis kat blog ni. Aku cuba mencelah dalam kesibukan waktu. Waktu memang sangat mencemburui aku. Dengan assignment yang bertimbun, dengan test, quiz dan mid-term yang tak putus-putus kunjung datang. Fuhh, semput dada, pusing kepala. Berselirat urat saraf otak fikir semua benda tu.

For this moment, aku nak lari seketika dari semua tu. Masuk ke dunia penulisan yang sekelian lama ditinggalkan. Rasa macam dah berkarat semuanya. Aku dah mula ketandusan idea nak mulakan apa-apa penulisan. Semua ni berpunca sebab dah lama tak menulis. Emm. Ni pun tengah train balik minda, nak bagi dia segar semula.

Kembali memenarikan jejari di atas papan kekunci memang sesuatu yang mudah. Tapi nak penuhkan satu-satu entry tu, mak ai... bikin kepala terus tumbang atas keyboard. Sekali lagi, puncanya sebab lama tak menulis.

Sebenarnya banyak sangat perkara nak diceritakan. Banyak sangat nak dikongsikan. Bersusun-susun dalam kepala ni. Bimbang bila makin lama disimpan, semua itu akan lupus dari ingatan. So sebelum semua tu berlaku, ada baiknya aku luahkan di sini.

" Nampak tak di situ? "
" Nampak apa? "
" Nampak sangat memori tak kuat. Haha. "
*Muka seposen + tak ada perasaan*
" Ok. Tak lawak. "

Perkongsian kali ni, aku nak cerita tentang pengalaman aku waktu konvo bagi peringkat diploma yang baru saja berlalu dua minggu lepas, pada tarikh 24 Oktober 2016.

"Mak ai, benda dah lama berlaku tapi baru nak berkongsi. Welkk, cerita basi."

Whatever you want to say, it’s not my problem. Suka hati perasaan kawe ler nak cerita tentang apa sekalipun. This is my own blog. Hah! Ambik kau. Haha. Rilek-rilek, aku bukan nak ajak bergaduh or bertumbuk ke apa ni. Dah! Turun buku lima kau tu, sedikit pun aku tak tergugat.

First of all, I want to highlight here, kat sini  tiada paksaan untuk sesiapa membaca setiap entry yang tersiar. Sekiranya kau tidak senang atau mahu termuntah seandai membacanya, kamu boleh berlalu dari blog ini. Just leave it. It’s okay. InshaAllah aku tidak akan simpan semua tu dalam hati aku.


 “Your hardest times often lead to the greatest moments of your life. Keep the faith. It’s will all be worth it in the end."

Alhamdulillah, setelah dua tahun menempuh alam diploma, akhirnya aku dapat tamatkan juga diploma ni dengan jayanya. Fuhh, rasa lega dan puas bila dah habis satu peringkat ni walaupun lepas pada ni masih banyak lagi peringkat yang perlu dihadapi. Tapi takpelah, for this time kita raikan apa yang dah berjaya dicapai.

Give yourself a reward on your struggle.

Segala jerih-perih dan kesusahan waktu belajar dulu semuanya dah lenyap. Nak menangis pula bila teringat waktu belajar diploma dulu. Tipu kalau aku cakap, semua tu smooth je. Mungkin ada sesetengah orang akan cakap;

                “Diploma ni senang jer. Level dia bukan tough sangat pun.”

Ya, mungkin semua tu betul. Diploma memang senang. Tapi bagi mereka yang tahap IQ-nya yang super duper genius. Bagi aku yang suam-suam ni, diploma sangat mencabar. Kalau tak ada usaha dan pengorbanan, jangan nak harap boleh lepas dan jangan mimpi nama boleh tersenarai dalam dean list.

Aku selalu semaikan kata-kata ni; “Kalau kau nak lebih dari yang lain, so kau kena usaha lebih dari yang lain.”

Usaha’ yang aku maksudkan kat sini general. Ia bukan terhad hanya pada usaha; study 24/7. Bukan tu. Usaha yang aku nak ketengahkan di sini adalah usaha untuk dekatkan diri pada Allah dengan lebih dekat.

This is first step dalam segala macam usaha yang kita  buat. It’s should be your priority. Bila kita dekat dengan Allah, Allah akan dekat dengan kita. Dan bila dah dekat, maka semakin mudahlah untuk kita capai sesuatu yang kita inginkan. Bukan itu saja, segala urusan kita pun akan Allah permudahkan.

Tapi kena ingat lakukan semua itu dengan hati yang ikhlas. Dan mesti sentiasa ingat, sometimes Allah tangguhkan dulu sesuatu yang kita inginkan, waktu ni jangan pula fed-up, jangan pula give-up, please stay waiting. Percayalah. Allah akan bagi semua itu nanti, pada waktu yang betul-betul tepat. Setiap perancangan Allah itu adalah terbaik.

Uish, jauh benar aku menyimpang dari laluan. Haha. Ok, back to my story.


THE CONVOCATION.



Waktu beratur untuk berarak masuk ke dewan, rasa macam lain sangat. Satu perasaan yang sukar untuk di-describe dengan sebetulnya. Perasaan tu dah bercampur-aduk antara gembira, sedih, bahagia, bangga dan lain-lain lagi. Perasaan tu makin membuak-buak, makin menendang-nendang dada bila saja kaki dah melangkah masuk dalam dewan. SubhanaAllah, aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan waktu. Mungkin bila kau duduk kat tempat aku, kau akan faham apa yang aku rasa tika tu.

Hampir je aku nak leleh air mata waktu pengerusi majlis lontarkan rantaian ayat yang cukup-cukup menusuk kalbu mengenai pengorbanan ibu ayah. Ada yang menangis sampai teresak-esak. Tengok mereka nangis, aku pun rasa nak nangis sama. Aduhh, haru sungguh. Tapi... aku paksa diri untuk tidak menangis. Ngek betul aku. Jangan sesekali tiru aku punya perangai. Haha.

Waktu yang paling aku tak suka waktu duduk dalam dewan tu, waktu menunggu nama aku dipanggil naik ke pentas. Sungguh ia menyeksa batin. Mana taknya, dahlah kos aku adalah kos terakhir untuk sidang terakhir tu. Lagi menyayat hati, nama aku berada pada angka 359/361. Panaih buntut duduk lama-lama. Dah berkali-kali juga aku terangguk-angguk. Meratib panjang aku kat situ. Nasib baik aku terlena terus.

Walaupun nama berada pada 3 terakhir namun ia tetap ada bestnya. Menurut cerita senior-senior aku, 10 orang terakhir yang naik ke pentas akan dapat perhatian penonton dan tepukan yang gemuruh. Waktu dengar cerita dogeng mereka ni, aku angkat kening je. Entah betul tahu mereka ni. Entah-entah saja nak kelentong aku.

Tapi bila aku lalui sendiri dan kejadian itu betul-betul berlaku depan mata maka semua tu bukan lagi cerita dogeng bagi aku. Haha. Syok weh dapat tepukan dari audience walaupun mereka tak tepuk untuk kita pun. Duduk bangga sorang-sorang atas pentas tu. Aduh, malu kotrang sungguh. Haha.


I PROVED IT.


Aku tak akan mampu tamatkan pengajian peringkat diploma ni tanpa jasa dan pengorbanan umi abah. Terima kasih umi abah atas segalanya. Umi abahlah pemacu kepada kejayaan ateh.

Aku puas sebab dapat buktikan pada mereka, aku boleh berjaya dalam bidang yang aku senidiri pilih. Aku puas sebab dapatkan buktikan pada mereka aku mampu dapatkan keputusan yang cemerlang sepanjang tempoh pengajian diploma aku. Aku buat sebaik mungkin semata-mata nak buktikan pada umi abah aku yang aku mampu berjaya. Aku mampu bangga mereka.

Tengok umi abah bangga dengan kejayaan aku, tu dah cukup bermakna bagi aku. Tengok senyum yang terukir kat wajah keduanya dah mampu hilangkan dan padamkan segala penat lelah yang aku hadapi sepanjang tempoh pengajian diploma dulu.

Waktu pertama kali, aku bagitahu umi dan abah yang aku nak sambung pengajian dalam bidang perakaunan, bertubi-tubi aku ditanya mereka. Kenapa dan mengapa? Seakan peluru berpadu, berdas-das aku diitembak dari pelbagai arah. Hampir tumbang dohh. (-_-)

Panjang lebar weh aku kena karang ayat untuk jawab pertanyaan tu. Berbuih-buih air liur tersembur keluar semata-mata nak berdebat dengan abah, nak bagi hujah yang kukuh dan diterima logik akal kenapa aku pilih bidang perakaunan.

Tak habis di meja makan, dalam kereta pun kami sambung berdebat. Walaupun aku dah masuk universiti, dah belajar dah pun dalam bidang tu, abah masih duduk ulang benda yang sama. Sampailah aku kemukakan hujah menggunakan pendapat ulama-ulama mengenai ilmu perakaunan dalam islam. Ini pun lepas aku buat sedikit penyelidikan pasal benda tu. Cewah, klas sungguh ayat. Buat penyelidikan. Haha. Alhamdulillah, lepas pada tu, barulah aku berjaya diamkan abah untuk seketika waktu.

Sebenarnya, abah & umi lebih suka aku sambung pengajian dalam bidang agama. Tapi tulah... aku tetap dengan pendirian nak sambung bidang yang aku minat.

Em, sebenarnya... nak kata aku minat akaun tu, tak adalah minat sangat. Waktu SPM dulu aku bukannya dapat result gempak sangat pun untuk subjek ni. Bukan dapat A+ pun.

Tapi memandangkan aku ambil aliran akaun, so aku dah setkan dalam kepala otak aku, bila nak sambung belajar di universiti nanti aku mesti pilih bidang perakaunan sebagai major course.

Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan aku untuk sambung pengajian peringkat universiti dalam bidang perakaunan walaupun aku tak dapat universiti yang aku impikan. Aku dapat tawaran untuk sambung belajar di Unisza dalam kos diploma perakaunan. Maka belajarlah aku di Unisza selama 2 tahun dalam bidang yang aku impikan.

Aku mula minat akaun dengan sebetul-betulnya bila start belajar di UNiSZA. Kenal pula orang yang expert dengan subjek perakaunan buat aku bertambah minat pada subjek ni.

Waktu di diploma, aku belajar akaun start dari asas lagi. Aku belajar seperti orang yang tak pernah ada asas perakaunan.

Satu fakta yang aku dapat dari penelitian aku, pelajar yang pernah belajar akaun waktu SPM akan mengalami satu kecelaruan pada permulaan pengajian di universiti (bagi mereka yangg ambil bidang ni la) sebab mereka ni beranggapan apa yang mereka belajar di universiti tidak sama dengan apa yang mereka belajr waktu di sekolah dulu. Natijah dari tu, maka mulalah kita akan dengar ayat ni...

"Eh, aku tak pernah belajar pun benda ni waktu spm"

Aku pun dlu tergolong dlm kalangan manusia-manusia macam tu. But after someone clear my mind, dia cakap kat aku;

"Dah apa ke jadah hang smbung u kalau belajar benda sama kat sekolah. Memang laa tak sama. Bila belajar u ni hang akan belajar advance lagi berbanding kat sekolah."

Hah! ambik aku. Tak pasal- pasal berbakul-bakul kena ceramah.

Awal sem diploma dulu, memang mencabar bagi aku sebab waktu tu aku kena biasakan diri menggunakam term-term perakaunan dalam Bahasa Inggeris. Aku ni bukannya expert sangat dalam BI. Berjam-jam jugalah nak boleh faham penerangan dalam buku rujukan.

Kamus tak akan berjauhan  dari aku bila belajar akuan. Eh tak, bukan akaun saja tapi semua subjek yang aku belajar semuanya dalam bahasa Inggeris. Waktu aku belajar, satu saja yang aku pegang. Walau susah macam mana subjek tu, aku perlu usaha. Tak kisahlah result akhirnya macam mana sekalipun. Yang penting aku usaha. Menangis depan buku, tarik rambut depan buku, menjerit macam orang gila depan buku... Semua tu aku dah alami. Semua tu adalah proses untuk aku faham. Haha.

Tapi sebenarnya, tindak tertindakan yang aku buat tu salah. As a muslim, kita dah diberi panduan untuk atasi masalah-masalah tu.

Macam mana?

Hah! meh aku share.

Bila tak faham, rehat seketika, tarik quran lepas tu belek kejap. Baca beberapa potong ayat pastu sambung study balik. InshaAllah, urusan kita akan jadi smooth dan mudah. Kefahaman pun akan mudah untuk menyerap masuk. Nasihat ni adalah nasihat yang orang bagi pada aku. So, kali ni aku perturunkan pada  kau pula.

EMM.

Ada yang tanya macam mana aku boleh sampai tahap ni. Hmm... aku pun tak tahu. Haha. Hanya  satu je yang aku boleh share, tanpa usaha keras aku tak mampu capai sampai ke tahap macaam tu. Eh, tak. Itu yang kedua. Yang pertama, keredhaan dan keizinan Allah. Macam aku cakap pada awal tadi.

Aku nak highlight balik kat sini, sentiasa berdoa pada Allah agar Dia sentiasa redha dan berkati segala ilmu yang kita belajar tu. Bila Allah berkat dan redha Allah, kita dapat, InshaAllah ilmu tu akan sentiasa lekat di hati.

Tanpa redha dan berkat Allah, ilmu tu tak akan datang apa-apa makna. Kau pun tak mampu nikmati kemanisan menuntut ilmu bila Allah tak redha dengan apa yang kau belajar.

Kau juga kena selalu ingat, kau mungkin usaha tapi keputusan akhir adalah milik Allah. Allah yang tentukan sama ada dia nak bagi atau tak, apa yang kau nakkan tu.

Sekiranya Allah bagi, Alhamdulillah. Namun andai Allah tak beri, jangan pula kau putus asa. Jangan sampai terkeluar ayat ni dari bibir kau;

"Sia-sia je aku usaha lebih-lebih. Allah tak bagi pun apa yang aku nak. "

Hah! Tolong jangan sesekali terkeluar ayat ni. Jangan sesekali pertikaikan keputusan Allah. Jangan sesekali kita berputus asa. Bila tak boleh, kau perlu usaha lagi. Usaha sampai semua tu betul-betul membuahkan hasil.

Kalau kau seorang muslim, kau tak boleh mengalah dan berputus asa sebab antara sifat seorang muslim tu adalah tidak mudah mengalah dan berputus asa.


For the last, thanks sebab terus stay baca entry ni. Aku rasa sampai di sini dulu. Nak beri ruang kepada assignment untuk memenuhi ruang minda. Tak boleh nak lama-lama dah. Tak boleh nak panjang lagi. Ok, cukup setakat ni dulu. Kita bersua di lain segmen.

Yeah! aku berjaya juga habiskan entry ni. Haha. Ok. Bye.

hdyndhr
07 November 2016
11.33 PM

Road to Konvo


Dua tahun berhempas-pulas untuk habiskan diploma… Uish, memang aku takkan lupa detik-detik waktu tu. Semua rencah hidup, aku rasa selama tempoh tu. Mak ai, macamlah sebelum ni tak pernah rasa. Mestilah rasa cuma ia berbeza mengikut masa dan suasana.

Masin, manis, tawar, kelat… sudah jadi perkara biasa dah. Yang dulu tak pernah cari gaduh, masuk sini semua benda aku buat. [*tapi tak adalah sampai gaduh bertumbuk bersiku bagai tu. Gaduh kami ni gauh manja-manja je. :D ]

Aku jentik kau sikit, kau melenting. Kau tenyeh aku sikit, aku meradang. Biasalah tu kan. Baru hidup ni fun. Diwarnai dengan pelbagai ulah-ragam.

Yang baik tu disimpan untuk dijadikan kenangan. Mana tahu, tengah boring-boring boleh flashback balik kenangan lalu, lepas tu senyum sorang-sorang. Hah! Jangan sampai tertangkap dek orang sudahlah. Tak pasal-pasal bermukim di wad bahagia pula korang.

Manakala yang buruk tu, sepak jauh-jauh. Jangan bagi ia berulang kembali. Ingat boleh tapi untuk dijadikan pengajaran. Untuk kita sentiasa beringat-ingat. Hah, gitu.

Bergaduh, bertikam lidah dengan kawan tu, perkara common dilalui setiap orang. Hang tak payah menipu sangatlah kalau tak pernah alami semua tu. Hang pernah! Kalau tak dilalui semua tu, kita takkan belajar. Tak belajar untuk jadi dewasa dan matang.

Dulu aku tak boleh hidup dengan gaya macam tu. Sebab… aku mana pernah buat semua tualoh, koyanya ]. Bukan tak pernah. Pernah cuma tak sedahsyat waktu diploma. Haha. Tapi nak buat macam mana kan, benda dah berlaku. Nak terima atau tak, kena terima juga.  Terpaksa lalui juga. Em.muka pasrah sepasrah yang mungkin ]

Jujur, waktu awalnya memang perih sikit nak telan apa yang berlaku. Hilang kawan, datang kawan baru. Itu dah jadi biasa bagi aku. Dah lali. Benda tu perkara biasa beb. Kau tak payah nak down sangat. Kita semua ni dalam proses belajar. Belajar tentang kehidupan. Belajar tentang manusia. Belajar untuk kenal diri sendiri. Kita masih muda remaja. Masih tercari-cari identiti diri. Masih bertatih menempuh realiti hidup. Banyak perkara perlu belajar.

Bercakap soal berkawan ni. Satu je yang aku pegang.

"Sekali aku berkawan dengan kau, selamanya kau kawan aku".

Allah kenalkan kau pada aku untuk aku belajar sesuatu. Allah takkan ukirkan sesuatu takdir tu tanpa ada hikmahnya. Confirm kau akan dapat hikmahnya.

Contoh, kau kenal si A yang penuh dengan kecerewetkan. Banyak benda yang kau buat selalu tak kena kat mata dia. Namun kau tetap bertahan atas sebab dia kawan kau. Kau perasan tak, dalam kau bertahan tu, kau dah latih diri kau untuk ‘bersabar’. Bersabar dengan kerenahnya yang kadangkala bagi kau, dia tu terlalu overLama-kelamaan, InshaAllah, kau dah boleh terima dia. Bukan sekadar ‘dia’ tapi segalanya tentang dia terutama kekurangan/kelemahannya.

Penerimaan adalah satu elemen penting dalam persahabatan. Kalau kau tak boleh ‘beri penerimaan kau pada orang’, kau jangan harap orang akan ‘beri penerimaan mereka pada kau.’


Bab jaga perasaan.

Uish! Bab nib bab yang paling susah aku nak hadam. Bab ni aku fail. Walau berkali aku ambil exam untuk bab ni. [ *ada exam ke?... contoh ] Memang aku rasa aku akan terus fail. Bukan aku tak mampu. Tapi perkara ni diluar kemampuan aku. Uncontrol things.

Setiap orang ada perasaan dia sendiri. Aku pun ada perasaan. Susah bila mana, kita nak jaga perasaan orang tapi dalam masa yang sama kita perlu jaga perasaan kita sendiri pun tak tentu arah.

Sebagai manusia, aku sendiri pun tak mampu nak manage perkara ni. Kadang aku menangkan perasaan orang, campak jauh-jauh perasan sendiri. Bila aku buat macam tu, tanpa aku sedar aku dera sendiri. At the end, aku yang tanggung kesakitan. Bukan kesakitan yang boleh nampak lukanya tapi kesakitan dalaman yang sama sekali aku tak boleh nampak di mana lukanya.

Uish, sakit weh dera perasaan sendiri. Sebab tu bila tak dapat nak tahan, bila ada yang dengan sengaja atau tidak sengaja usik perasaan tu, habis aku jadi orang lain. Terus bertukar jadi monster. Nasib tak sampai aku telan sorang-sorang.

Soal study [ nanti share lebih lanjut for next entry ], emm… boleh kata bertan-tan juga air mata aku mengalir untuk habiskan juga diploma ni. Kalau ikut hati nak je aku give up. Lupakan segalanya. Tapi bila terlintas kat kepala, dah berjuta-juta duit umi abah & kerajaan labur untuk tampung yuran pengajian aku, aku pendam je segala rasa hati tu. Tendang jauh-jauh. Go on juga. Habiskan juga diploma sebaik mungkin dan cuba dapatkan keputusan yang terbaik.

Untuk bangkitkan dan kuatkan semangat belajar, aku selalu bersoal jawab dengan diri sendiri,

“Kalau dah diploma lembik lotek gini, degree nanti guano tau?


Alhamdulillah, berkat usaha dan doa dari diri sendiri, umi abah, ahli keluarga yang lain serta kenal-kenalan… Alhamdulillah, aku berjaya tamatkan juga diploma.

Dan InshaAllah, 24 Oktober 2016 nanti aku akan konvo untuk peringkat diploma. Alhamdulillah. Sekali lagi aku minta semua doakan agar Allah permudahkan urusan aku nanti. Ameen.

Nanti jemputlah datang kat konvo UniSZA. Bawa sekali bunga untuk aku, andai ada yang sudi bagilah. Sedih sungguh ayat. Haha.

Ok. Sekian. Salam.


Diploma Perakaunan 2014/15




hdyndhr
03.10.2016
12.20 AM

From UniSZA to USIM




"Ingatlah perancangan Allah adalah terbaik. Dia tarik satu. Dia akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Maka berbaik sangkalah pada Allah."

MELANGKAH KE ALAM BARU.


Pantas betul masa itu berlalu. Bagai derua angin yang berlalu hanya untuk seketika bagi menyapa tubuh. Pantas ia bergerak sehingga sukar untuk aku menikmati sepuasnya nyaman angin yang bertiup.

Aku kini sudah di alam baru. Allah. Seram pula bunyi. Alam baru yang aku maksudkan di sini bukan alam lain. Aku masih bermukim di bumi, di alam dunia. Masih berbumbungkan lelangit biru. Masih berpijak di tanah yang disalupi hamparan rerumput hijau.

Tanggal 28 Ogos 2016 , aku sah bergelar pelajar USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) Alhamdulillah. Impian untuk merantau jauh sedikit dari sebelumnya, Allah makbulkan. Kadang aku sendiri pun pelik, kenapalah aku ni excited sangat nak belajar jauh-jauh. Orang lain berebut-rebut nak belajar dekat. Tapi aku tak, yang jauh tu juga yang dipilih. Dah lah jauh, dalam hutan pula tu. Haha. Takpe itu semua pengalaman. Bila lagi nak merasa hidup di dalam hutan. Gaya macam tarzan pula.

Kedudukan Usim bukan dalam hutan sangat pun. Alah, biasalah tu. Nama pun universiti. Kebanyakkan universiti memang biasa dibina di kawasan-kawasan hutan. Bila hutan itu diclearkan untuk dibina di atas sebuah pusat ilmu maka secara automatik tempat tersebut akan membangun seiring dengan perkembangan ilmu di tempat tersebut. Hah! tengok, gaya dah macam penulisan ilmiah pula. Rilex dulu, kita nak santai je ni.


KAU TAK SAYANG UNiSZA KE?


Setelah ramai yang tahu aku dapat USIM maka terkeluarlah pertanyaan ini.

"Kenapa sambung USIM? Kenapa tak sambung di UNiSZA je? Dah tak sayang UNiSZA ke?"

-----
Gila hang tak sayang UniSZA. Sayang sangat-sangat weh. Sebab kat situ aku belajar macam-macam ilmu terutama berkaitan makna kehidupan sebenar. Haha. Dan kat UniSZA juga aku jumpa bermacam jenis kawan yang punya pelbagai jenis perangai dan ragam. Pusing kepala deng nak handlenya. Tapi walau macam mana pun mereka, mereka adalah antara kawan terbaik yang Allah pernah kirimkan dalam hidup aku. Thanks for you all untuk 2 tahun kenangan indah di UniSZA. :)
-----

Bila pertanyaan itu menyapa telinga. Aku hanya mampu diam dan tersenyum. Dan bila pertanyaan itu diulang kembali maka untuk meraikan yang bertanya, aku jawab

"Sudah rezeki di USIM. Nak buat macam mana?" Kata aku sambil tersenyum seterusnya mengenyit mata acah-acah nak buat muka comel. Welkkk! :P

Sebenarnya dari ayat itu ada lagi sambungannya. Ini jujur dari hati.

Bukan tak nak sambung di UNiSZA tapi UniSZA yang tak nak aku. Haha. Sedih punya ayat. Macam di-anak-tirikan pula. Tapi memang dah nasib. Memandangkan aku tidak memenuhi kelayakkan untuk menyambung pengajiaan dalam bidang perakaunan di sana maka aku ditolak tanpa belas kesian. Haha. Ini semua ayat poyo je.

Sebenarnya aku boleh je masuk UNiSZA tu, tapi dalam bidang lain. Contoh kos-kos pengajian islam. Namun bagi aku, kalau boleh aku nak sambung bidang yang dipelajari waktu diploma dulu yakni perakaunan. Bukan aku tak nak belajar agama. Aku nak belajar ilmu agama namun bukan secara formal.

Setiap manusia Allah anugerahkan kecenderungan, kemahiran dan kelebihan dalam bidang yang berbeza. Dan bagi aku, setelah menilai dan menimbang-tara kecenderungan aku ke arah bidang apa, aku tengok aku lebih cenderung ke arah bidang ekonomi atau berkaitan dengan nombor-nombor ni. Kalau berkaitan dengan nombor, otak aku laju sikit. Dari yang rasa mengantuk akan kembali segar bila berhadapan dengan digit-digit nombor ni. Tapi bila masuk bab teori / fakta ni , otak aku tak berapa nak laju. Tapi still boleh catch up.

Nak kata aku ni pro sangat dalam bidang ni, tak juga. Aku biasa-biasa je. Tapi aku tengok bila aku nak capai apa-apa dalam bidang ni. Aku tak mudah mengalah. Makin benda tu susah makin menjadi-jadi pula semangat aku nak capai benda tu. Makin positif pula minda menukarkan halangan menjadi cabaran. Cewah. Show off pula bunyinya.

Dalam erti kata lain, aku minat dalam bidang ekonomi. Bila minat menjadi asas pemilihan, kita jadi lebih bersemangat untuk buat yang terbaik dalam bidang yang dipilih. Ini berdasarkan kajian aku sendiri. Kebanyakkan member aku yang pilih bidang perakaunan atas alasan minat, ramai yang boleh go on walaupun sesuatu subjek tu susah. Tahap usaha mereka memang tahap tip-toplah. Aku banyak terdorong untuk jadi seperti mereka. Alhamdulilah sebab ikut mereka, dapat jugalah merasa jugalah naik ke pentas untuk ambil sijil dekan.

KENAPA PILIH USIM?

Sebab hanya kelayakkan USIM je aku boleh penuhi bagi kos yang aku nak (Perakaunan). Ngam-ngam dengan pencapaian aku waktu diploma dan SPM dulu. Jadi sebab tu kepala aku memang di-setkan untuk ke USIM.

Waktu keluar result UPU aku tak gelabah sangat. Dah tahu confirm pemohonan aku untuk sambung akaun kat UniSZA bakal ditolak. Haha. Sedih sungguh statement. Tapi adalah sikit rasa bersalah waktu tu pada abah dengan umi sebab tak dapat UniSZA. Luluh hati tengok muka sedih abah. Abah waktu hari keluar result tu tak putus-putus keluar masuk bilik aku semata-mata nak tahu keputusan UPU. Tak sampai hati nak bagitahu;

            “Abah Ateh tak dapat.” T_T

Uish, perih gila nak tuturkan kata-kata tu. Tapi nak tak nak kena bagitahu juga. Waktu bagitahu tu nampaklah muka abah sedih. Bersalah sangat waktu tu. Namun abah bijak mengawal riak wajah. Wajah sedih terus dihapuskan untuk tidak membiarkan anaknya terus rasa bersalah.

"Takpe. Nanti buat rayuan UPU. InshaAllah, dapat. Tak payah sedih-sedih sangat." Nasihat abah untuk menguatkan semangat aku. Untuk aku terus sabar dan tabah.

Lepas pada tu,  aku buat rayuan. Sepanjang dalam tempoh nak buat rayuan tu, abah umi tak putus-putus bagi sokongan. Adik-beradik aku juga pun turut sama membantu. Angah sanggup memandu malam-malam untuk cari kedai printer nak print borang rayuan. Abah pula setia menemani aku untuk ke pejabat pos nak poskan semua dokumen.

Abah juga sanggup ikut aku jauh-jauh ke UniSZA semata-mata nak dapatkan sekeping kertas pengesahan tamat belajar walaupun ketika tu abah tengah demam. Aduh, serius rasa nak nangis bila fikir balik. Dengan segala pengorbanan keluarga, aku rasa aku ni anak yang tak mengenang budi kalau tak belajar bersungguh-sungguh. Dan dari situ, aku bertekad aku akan cuba untuk lakukan sebaik yang mungkin untuk bahagiakan keluarga aku.

Waktu keluar je result rayuan, abah dan umi duduk di samping aku. Mereka pun tak sabar nak tahu keputusan. Drama sungguh waktu tu. Aku check rayuan melalui handset. Berdebar sangat. Tak sanggup lagi nak lihat perkataan 'TIDAK BERJAYA' di screen telefon. Bila dapat je mesej balas, tak putus aku panjatkan kesyukuran sebab pemohonan rayuan diterima. Nak lambung je rasa handset waktu. Semata-mata nak gambarkan gembiranya hati.

Namun, lain pula reaksi Along aku. Dia punyalah sedih sebab dia begitu mengharapkan aku dapat UniSZA. Ikut perancangan, dia nak sambung master part time di sana. Jadi misalnya aku dapat UniSZA senanglah dia nak tumpang bilik bila datang hujung minggu untuk attend kelas. Pandai betul Along ni bab pau-pau orang. Emm.. Tak tercapai juga hasrat along.

Walau apa pun, semua yang berlaku mungkin itulah yang terbaik bagi aku. Allah letak aku di USIM mungkin sebab di sini lah terbaik bagi aku. Kita tak tahu kan? But at the end, segala hikmahnya akan terbentang bila kita sudah melepasi tempohnya. Yang penting sekarang, lapangkan dada, terima seadanya apa yang Allah putuskan untuk kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui sedangkan kita tidak. Berbaiklah sangka pada Allah. Percaya, Allah tidak akan berlaku zalim pada hambanya.


10.30 PM
06/09/2016

Novel : Misi Jentik Hati.

Nukilan : Hidayatun Nadhirah


 BAB 1

DEWAN MAKAN aspura itu riuh-rendah. Semua mata kepala tertumpu pada satu arah. Ada yang bangkit mendekat. Ada juga yang tetap betah bertahan di meja makan. Tidak mahu terlibat sama. Namun, kejadian yang sedang berlaku begitu menarik minat mereka untuk tahu. Eish… tak boleh terlepas ni. Berita besar ni Gempak! Fresh!

Apa punca kejadian itu berlaku? Kenapa boleh berlaku? Persoalan itu terus berlegar dalam kepala setiap pelajar yang ada di situ, pada petang itu. Ini bukan kes biasa. Tapi luar biasa.

Ketua aspura bertikam lidah dengan Exco Disiplin di khalayak ramai? Pertama kali dalam sejarah. Boleh dimemorikan dalam… book of records of Aspura Tok Kenali. Malah itu juga, pertama kali disaksikan oleh penghuni baru juga pada penghuni lama aspura tersebut.

Tanda soal terus wujud dalam kepala. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tiada sesiapa yang mahu menjawab? Terbiar terus bertindih-tindih. Apa yang pasti, jawapannya akan terjawab apabila salah seorang dari mereka melantangkan suara bicaranya.

“Kau jangan nak tuduh selagi tak ada bukti!” Tengking Yazeed hilang sabar.

Saat kemarahan sudah mendidih dari dalam maka Syaitan tidak akan melepaskan peluang yang sudah terhidang di depan mata. Peluang keemasan! Dihasut dan dibisik pada telinga anak-cucu Adam agar dihambur keluar marah di hati.

Menghasut manusia ketika marah adalah salah satu dari tiga cara yang akan dilakukan syaitan bagi menyesatkan manusia. Selain menghasut manusia ketika berada di medang perang dan ketika berdua-duan dengan lelaki/wanita bukan muhrim.

Itu adalah janji syaitan pada Allah sebelum dia diusir-keluar dari syurga atas sebab keengganannya tunduk pada manusia bernama Adam, makhluk yang diciptakan Allah dari tanah yang terlihat kotor pada pandangan Syaitan. Namun yang kotor itulah juga yang Allah muliakan. Makhluk Allah yang berani menyahut cabaran menjadi khalifah di alam bernama bumi.

“Kau tak payah tengking-tengking! Aku tanya elok kan tadi? Apasal kau nak melenting? Bila kau respons macam tu… lagilah orang nampak kau betul-betul bersalah!” Bidas Baseer.

“Masalahnya kau desak aku untuk mengaku benda yang aku tak buat!” Pangkah Yazeed.

Baseer tersenyum sinis. “Kalau kau tak buat… kau tak perlu gelabah macam tu sekali!”

Yazeed diam. Mati kata. Kata-kata Baseer bagaikan penukul membenamkan paku sampai ke dasar tanpa mampu dicabut kembali.

“Kenapa kau diam?” Baseer seakan melihat bibit-bibit kemenangan.

Yazeed terus diam. Fikiran mula berlegar mencari pangkal kepada kebisuan yang membelenggu dirinya ketika ini. Kewarasan akal cuba dijadikan tunjang kepada apa yang bakal terluah sebentar lagi.

Yazeed merenung Baseer. Tujahan mata terus sampai ke retina Baseer. Renungan itu dibalas hebat oleh Baseer.

Tiada apa yang mampu menggugat keberanian dan ketegasan Baseer. Sesuai dengan fizikalnya bertubuh sasa, itu yang menjadi antara aspek kegerunan sekalian penghuni aspura padanya. Title ‘Exco Disiplin’ membuatkan penghuni aspura mahupun aspuri tertunduk takut memandangnya ataupun berhadapan dengannya. Rasa takut pada manusia, tidak pernah wujud dalam jiwa manusia bernama Syedd Baseed.

“Kalau kau orang beriman. Kau akan letakkan keadilan kat depan sekali. Selidik terlebih dahulu sebelum buat apa-apa tindakan. Jangan terburu-buru buat tuduhan ataupun menghukum. Tersalah tuduh, ibarat fitnah, kau tabur. Tersalah hukum, kau akan tanggung satu dosa yang mungkin boleh humban kau ke neraka!” Ujar Yazeed menekan suara.

Baseer terpempan. Lidah bagaikan terpotong. Tidak mampu lagi melantunkan kata. Bicara Yazeed terlihat sukar untuk disanggah. Kukuh biarpun tanpa dalil, menguatkan lagi hujah.

Dalam diam, Yazeed menggariskan senyum nipis. Ini Yazeed… seorang anak muda yang pantang menyerah, selagi dia mampu, dia akan bangkit bertahan. Bukan untuk memenangkan ataupun menjulang ego tapi semua ini dibuat untuk menegakkan kebenaran! K E B E N A R A N!

Aku tak bersalah. Jadi, untuk apa aku perlu mengaku salah?!

Yazeed berusaha semampu yang boleh untuk mengimbangi permainan kata antara dia dan Baseer.

Yazeed, ketua aspura yang menjadi sanjungan ramai. Setiap tindakannya tidak pernah dipertikaikan. Kepimpinan bawah pimpinannya, setakat ini bebas dari tomohan ramai. Method yang digunakannya hampir sama seperti yang digunakan oleh umminya, bekas mudirah Madrasah Maahad Ar-Rahmah Kenali. Lembut disulami ketegasan.

“Baiklah! Aku buat apa yang kau suruh. Tapi ingat! Ini Syedd Baseer. Pantang dengar ada yang langgar peraturan aspura! Kalau ada… siaplah aku kerjakan. Lubang cacing sekalipun, aku akan masuk kejar. Aku akan heret keluar. Kau orang takkan mampu terlepas dari aku! Hukuman akan tetap jalan. Aku tak kisah. Lagi tak peduli kau tu siapa! Ketua ke… exco ke… ahli biasa ke… hukuman tetap sama. Pada siapa-siapa pun. Ingat tu!” Lantang Baseer bersuara.

Seketika Baseer berpaling memandang penghuni aspura yang tidak pernah sedikit pun terkalih dari memandang dia dan Yazeed sejak dari tadi.

“Kamu semua pun! Ingat tu!”

Semua penghuni yang ada di dewan makan itu tersentak. Pantas kepala teralih ke pinggan di meja. Tidak berani lagi mengangkat wajah mahupun menjeling pandang.

Baseer dah keluarkan sifat sebenarnya! Bengis dan menakutkan! Kata-kata itu yang terbisik-bisik di hati penghuni aspura yang ada di dewan itu.

Mereka terus berkebu menyudahkan suapan terakhir ke mulut. Sejurus, bangkit ke singki. Basuh pinggan dan sebaik siap terus memasukkannya ke dalam ‘jelok’ yang disediakan. Setelah itu, memanjangkan langkah meninggalkan dewan makan. Tidak betah untuk terus bertahan lama di situ. Tidak pasal-pasal, bara kemarahan Baseer terbias pada mereka. Gerun!

Baseer menuding telunjuk ke muka Yazeed.

“Kau ingat Yazeed... aku takkan berkomplot dengan kau. Kalau kau! Aku dapat tahu betul-betul buat benda tu… kau takkan terlepas dari aku!” Kata Baseer sebelum berlalu pergi.

Yazeed merengus kecil. Kepala tergeleng. Ini bukan masalah kecil. Ini masalah besar! Dia yakin dia di pihak yang benar. Ini semua fitnah! Tapi siapa yang berani tabur fitnah ni?

Baseer? Argh! mana mungkin dia. Tempis Yazeed dalam hati.

Yazeed yakin bukan Baseer yang buat semua tu? Lelaki itu hanya menjalankan tugas dia. Dia akan bertindak bila dapat apa-apa laporan tentang kesalahan pelajar terutamanya melibatkan pelajar aspura.

Maksudnya ada yang lapor? Tapi siapa? Siapa? Siapa?

Yazeed sudah mati kutu untuk fikir semua itu. Tekanan itu buat kepala berdengut-dengut menerbitkan rasa sakit yang teramat. Leher digerakkan membentuk putaran. Serabut kepala Yazeed fikir semua tu!

Argh! stress.


CONTINUE... 

Usrah @ UNiSZA ke?


Bermula pada tarikh aku bukan lagi student sekolah, bermula hari itu juga aku dah tinggalkan apa yang orang panggil ‘usrah’.

Dulu, waktu kat sekolah semua itu wajib. Usrah adalah aktiviti yang wajib diadakan bagi mana-mana sekolah ugama arab ataupun maahad bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Jadi, bermula aku jejak kaki waktu tingkatan satu di SMU (A) Al-Hasaniah Pangkal Jenerih berpindah pula di Maahad Ar-Rahmah Kenali, usrah adalah aktiviti yang wajib yang perlu diikuti pada setiap hari Rabu. Nak tak nak kena ikut! Awalnya, adalah rasa terpaksa tapi bila dah lama. Best pula.

Waktu tingkatan 4 dan 5, aku bukan sekadar ikut usrah tapi aku sendiri kena kendali usrah. Boleh tahan kelam kabut juga waktu ustaz agihkan tugas tu. Kecut perut aku bila dapat tahu adik-adik usrah aku budak tingkatan 3. Weh, setahun je jarak umur aku dengan mereka. Entah nak dengar tahu apa yang aku cakap nanti. Itulah yang selalu aku fikir.

Sebelum usrah, aku kena belek banyak buku. Kerja leceh. Tapi nak buat macam mana, nak cakap apa kalau tak buat semua tu. Tak ada modal nanti. Balik-balik aku kena gula dengan budak-budak ni. Tak nak aku!

So, dua atau tiga hari sebelum usrah aku dah buat research. Kalau kami, under sekolah YIK ni, kami dah disediakan buku khas usrah. So, bolehlah aku kata… senanglah sikit kerja aku. Habis satu bab dalam buku tu, terus masuk isu semasa. Yang isu semasa inilah yang kena buatt researchnya.

Memandangkan adik-adik usrah aku, budak form 3… topik cinta memang hangat. Panas! Kau tengoklah nanti, bila aku buka je pasal cinta. Mereka terus tarik kerusi datang dekat dengan aku.

Dengan mata terkebil-kebil mereka bersuara “Akak ceritalah pengalaman akak bercinta?”
Tersengih bak kerang busuk aku dibuatnya bila ditanya sedemikian. Excited betul budak-budak ni.

Tapi… aku faham perasaan mereka. Aku pun pernah lalui waktu umur macam mereka. Antara umur 13 hingga 15 ni, waktu tu darah muda mendidih-didih. Waktu tu ramai yang mula cari pakwe-makwe. Aku pun… hampir terjerumus sama, tapi nasib ada yang sempat heret aku sebelum aku turut tenggelam dan lemas dalam cinta. Takpelah kalau tak pernah rasa atau alami pun benda tu. Tak berdosa pun. Suci dan bersih lagi cinta dalam hati. Segar bugar. Khas hanya untuk yang layak saja.

Bukan aku nak salahkan atau kutuk mereka yang pernah terjerumus dalam kancah cinta-cintu ni. Tak! Aku faham perasaan mereka. Biasalah tu. Itu menandakan mereka ada perasaan nak MENCINTAI & DICINTAI.  Aku lebih suka anggap waktu mereka bercinta tu, mereka sedang diuji. Ujian Allah itu pelbagai. So, bagi aku rasa cinta yang hadir dalam diri mereka tu adalah ujian Allah pada mereka. Mungkin dengan bercinta Allah nak ajar dia sesuatu. Kita tak tahu. Semua itu rahsia Allah. Anggap saja apa yang Allah izinkan berlaku, pasti ada hikmah yang Allah nak beri pada kita pada penghujungnya. Take Note!

Bila dah masuk UNiSZA, tambah pula kos aku ni bukannya kos agama, jadi makinlah jauh aku dengan usrah. Sebenarnya, aku boleh je cari mana-mana usrah tapi aku tak buat sebab dalam tempoh tu, aku tengah buat pemerhatian. Secara senyap-senyap. Macam Spy pula gayanya.

Sebelum aku masuk universiti, ramai senior juga kakak aku pesan… sebelum ikut mana-mana usrah atau Jemaah tu, buat research sikit tentang mereka. Atas dasar apa sesebuah persatuan itu ditubuhkan. Usrah yang dibuat tu betul-betul ke Usrah. Guano tu? Usrah yang betul-betul usrah? Usrah kat alam universiti ni ada pelbagai jenis dan gaya. Kalau aku list, ada pula yang melenting nanti. So, abaikan.

Awal-awal lagi aku dah set, kalau aku nak join usrah, aku nak cari satu usrah yang boleh tarbiah aku. Usrah yang boleh jadi pembimbing aku. Boleh tegur silap salah aku. Boleh terima aku seadanya. Boleh aku berkongsi apa yang aku rasa. Usrah itu yang aku nak.

Lebih kurang nak dekat setahun, akhirnya aku join juga usrah. Tapi ini usrah wajib. Usrah kos aku. Waktu AGM kos aku (Kelab Mahasiswa Perakaunan) ada yang usulkan buat usrah. Usul diterima. So, buatlah usrah. Tapi aku tak rasa itu usrah. Haha. Mungkin sebab aku pernah ikut serta usrah, sebab itu aku rasa itu bukan usrah. Mungkin. Aku tak nak cerita lebihlah pasal ni. Cukup sampai itu je tentang usrah kelab aku.

Masuk sem 4, telah berlaku satu peristiwa ni. Berpunca dari peristiwa tulah aku nekad nak cari geng usrah. Apa peristiwanya, biarlah rahsia dulu buat masa sekarang.

Dengan bantuan bekas housemate aku, aku joinlah satu usrah. Usrah bawah persatuan Kelab Pemikir Unisza. Itu pun lepas aku buat research. Haha. Bila dah fikir masak-masak, dah tolak banding usrah-usrah yang ada di UNiSZA tu. Akhirnya aku pilih usrah bawah kelab PEMIKIR.

Maka bermulalah kembali, aku ke dalam halaqah usrah. Duduk kembali dalam lingkungan orang-orang yang nak ditarbiah, dibasuh dan dicuci pemikirannya. Haha. Aku ikut usrah sampailah aku habis diploma.

Aku ikut PEMIKIR hanya untuk usrah. Itu saja. Bukan aku tak nak join lebih lagi aktiviti kelab ni. Tapi aku nak betul-betul pegang dulu dengan usrah tu. Pastikan diri selalu ikut usrah biarpun ada kalanya aku liat nak pergi. Atas alasan letih dan penat. Tapi sebab aku janji nak istiqamah dengan usrah so aku paksa juga pergi. Namun, ada juga tikanya aku tak pergi. Waktu tu, memang aku tak boleh nak lawan lagi rasa penat dan letih yang berdoah-doah lalu rasanya. So aku tak pergi.

Walaupun aku kata aku hanya nak join usrah, tapi tak bermakna aku langsung tak ikut aktiviti lain yang kelab PEMIKIR anjur. Aku ikut. Aku pernah join jadi fasi untuk beberapa program under KEPITAR. Oh ya, lupa nak bagitahu, PEMIKIR ni sebenarnya under KEPITAR (Kelab Pelajar Islam Terengganu). So apa-apa aktiviti Kepitar pasti akan disertai oleh ahli-ahli Pemikir.

Bestlah juga ikut aktiviti tu. Aku boleh timba pengalaman. Boleh tambahkan ilmu dalam dada. Boleh kenal ramai orang and everything. Tapi aktiviti yang aku join tu pun aku pilih dulu sebelum aku beri kata setuju untuk join. Fikir masak-masak dulu sebelum beri persetujuan. Aku bukan nak memilih tapi… Aku kan kata aku nak join usrah je dulu. Aktiviti lain tu kira tambahan saja. Bukan tak nak ambil port tapi… aku rasa biar aku utuh dulu dengan usrah. Tolong jangan paksa aku. Please… (cuba kau buat gaya muka mengharap. Lepas tu tengok cermin. Hah! Begitulah gaya muka aku bila mengharap. Hoho)

Ok, setakat itu saja pengalaman aku berusrah di UNiSZA. Berjumpa di lain sekmen. Bye…

-----

Note: joinlah usrah! best tahu… Bukan kita nak tunjuk kat orang yang kita ni baik ke apa tapi semua itu untuk diri kita sendiri. Untuk jiwa kita. Untuk hati kita. Dalam kita bagi perut kita makan. Rohani kita juga perlu diberi makan. Melalui usrah, mungkin antara cara untuk kita beri rohani kita makan. Itu pendapat aku. Lain orang, lain pendapatnya. Ok. Assalamualaikum.


15.07.2016
12.34 PM
by : hidyndhr



Duniaku : Nikmat Kepuasan Itu.

Catatan : Hidayatun Nadhirah
27 Februari 2016.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

   
Sekali lagi. Diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang fasilitator bagi program kepimpinan di bawah kendalian Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (Kepitar) di Sekolah Kebangsaan Komplek Gong Badak.

Sejujurnya, hati saya berat untuk menerima pelawaan daripada seorang kakak naqibah. Entah saya sendiri pun tidak tahu kenapa hati begitu berat untuk menerimanya. Namun apabila melihat kepada kesungguhan kakak naqibah itu mengajak, akhirnya saya menerima.

Walaupun mulut ringan berkata 'Ya, InshaAllah...kalau tak ada urusan saya join.' tapi hakikatnya, ketika itu hati masih berat menerima. 

Saya cuba untuk positifkan diri. Cuba yakinkan diri... Inshaallah, saya akan dapat sesuatu yang sangat berharga nanti andai saya menyertainya.

Petang khamis, seperti yang dijanjikan, saya menerima mesej daripada kakak Naqibah tersebut untuk mendapat kepastian, sama ada saya dapat menyertai program itu ataupun tidak. Memandangkan minggu itu saya tidak terlalu sibuk, saya menerima pelawaan itu.

Maksudnya ini kali kedua saya meenjadi fasi under Kepitar. Untuk kali pertama, sejujurnya saya gagal menjalankan tanggungjawab tersebut. Mungkin sebab itu agaknya saya fobio untuk menjadi fasi. Mungkin....

Semenangnya bukan mudah untuk menjadi fasi yang sebenar-benarnya. Kenapa saya gunakan perkataan 'sebenar-benarnya'?

Ini kerana, fasi yang sebenar-benarnya, perlu melengkapkan diri mereka dengan beberapa elemen-elemen penting. Antaranya :

1. Ilmu Pengetahuan : ini adalah elemen yang sangat penting. Untuk menyampaikan ilmu kepada orang ramai, kamu terlebih dahulu perlu memilikinya.

Serapkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang ada di muka bumi ini, lantas sebarkannya.

Sekiranya kamu khatam sesuatu ilmu yang kamu nak sebarkan itu, Inshaallah... kamu akan lebih confident ketika menyampaikan ilmu tersebut. Apabila penyampaian kamu nampak menyakinkan, tidak mustahil orang akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap penyampaian kamu.

2. Teknik Penyampaian : elemen ini agak susah jugalah namun ia tetap boleh dilatih. Untuk menarik minat orang mendengar setiap penyampaian kamu, ia ada tekniknya.  Gaya bahasa yang digunakan. Intonasi suara yang dilantungkan. Semua itu memainkan peranan yang sangat penting.

3. Persiapan yang secukupnya :untuk elemen ini, point saya di sini adalah khatamkan modul (sekiranya disediakan) sebaik mungkin. Cuba berlatih bercakap seorang diri dulu. Gunakan daya imaginasi kamu, gambarkan sitausi yang bakal dihadapi nanti.

(Ini berdasarkan apa yang saya lihat dan yang diberitahu kepada saya, sekiranya anda mahu lebih detail, kamu boleh google ataupun rujuk dari mana-mana buku yang membahaskan tentang persiapan menjadi fasilitator)


Okay, berbalik kepada cerita asal.

Program Kepimpinan Al-Fateh. Itulah nama program yang bakal saya join nanti. Em, memandangkan pembawaan program ini mengetengahkan tentang sejarah Sultan Al-Fateh maka terpaksalah saya menggunakan segala kemudahan IT yang ada, mengoogle semua maklumat berkaitan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Bermula daripada filem, saya tonton dan simpankan setiap gambaran-gambarannya dalam kotak minda dan seterusnya beralih pula kepada penulisan ilmiah berkaitan Sultan Al-Fateh.

Semua ini mengasyikkan. Hilang semua rasa keterpaksaan setelah mendalami sedikit sebanyak tentang sejarah pembebasan kota Konstantinopel itu. Secara langsung, ia membangkitkan semangat saya untuk berkongsi dengan adik-adik SK Komplek Gong Badak nanti.


Sabtu itu...

Setiap fasi diberi tanggungjawab memimpin sepuluh orang adik peserta. Satu perkara yang terlintas yang fikiran saya ketika itu... Adakah situasi dulu bakal berlaku kembali?

Sebelum ini saya pernah join jadi fasi bagi satu program kepimpinan di Kelantan. Ketika itu saya masih di Tingkatan 5. Fikiran tak berapa matang lagi. haha. Program pertama... bukan under sekolah saya. Program luar, kolaborasi dengan beberapa orang pelajar Maahad Muhammadi Lelaki. Juga program kepimpanan. Pesertanya juga merupakan budak sekolah rendah.

Apa yang mencabarnya program ini, bila mana kami fasi-fasi perempuan langsung tidak menerima layanan yang diinginkan daripada peserta-peserta perempuan. Bila dalam kumpulan, mereka nak tak nak sahaja bercakap dengan kami. (Mungkin ini salah kami juga. Tak pandai tarik minat adik-adik itu).

Jadi untuk mengatasi masalah ini, terpaksalah kami para fasi bertukar kumpulan buat sementara waktu . Fasi lelaki ambil alih kumpulan peserta perempuan. Fasi perempuan ambil alih kumpulan peserta lelaki. Kami buat macam ini, saja nak tengok respons adik-adik ni.

Seperti yang dijangkakan, barulah program itu bertukar rentaknya. Yang asalnya hambar akhirnya bertukar menjadi happy and funny pula gayanya. Sampaikan semua peserta tak nak tukar fasi yang baru ditukarkan itu. Pelik. So fasi kekal sampai habis program.

Mengendalikan peserta lelaki, hampir saja saya angkat bendera putih. Alahai, cukup-cukup hyperactive. Penat berkejar-kejar dengan mereka. Namun... tetap ada bestnya. Mereka dengar apa yang saya cakap.haha.

Contoh untuk malam kebudayaan. Disebabkan mereka sudah ketandusan idea untuk fikir apa yang perlu dilakukan maka saya cadangkan mereka buat satu lakonan adaptasi dari filem pendek budak sekolah saya. Cerita mengenai kesabaran seorang cikgu.

Apa yang terharunya saya, lepas sahaja lakonan itu, ada cikgu bagitahu saya, yang mana pelakon utama kumpulan saya itu merupakan budak yang sangat senyap dekat sekolah. Susah sangat nak dengar dia bercakap. Tapi bila berlakon, banyak pula mulutnya bersuara. Emm... rasa berbaloi berkejar-kejaran dengan budak hyperactive ini.


10 Gadis Yang Unik.

Permulaan program, semua fasi perlu membawa kumpulan masing-masing ke mana-mana sahaja, tempat yang mereka suka asal tidak jauh dari dewan utama (Dewan Kuliah Utama, ILP Gong Badak). Maka saya memilih untuk duduk di sebatang pokok yang rendang tidak jauh dari dewan.

Bermula dengan memperkenalkan diri setiap peserta. Diteruskan dengan permainan 'Bang Bang'. Dilanjutkan pula dengan aktiviti 'Face Impression'. Dan diakhiri dengan 'Niat Setting'. Semua itu mengasyikkan. Biarpun pada mulanya, adik-adik masih lagi segan dan malu dengan saya tapi selepas permainan Bang-Bang mereka mula rapat sesama sendiri dan selesa dengan saya. Syukur. Allah permudahkan segala urusan.

Untuk mengendalikan 10 gadis yang unik ini tetap ada cabarannya. Ada yang manja, ada yang sedikit pasif, dan ada juga yang hyperactive, semua itu perlu saya hadapi dan sebenarnya ia juga sangat menyeronokkan. Bertemu dengan pelbagai watak, buat saya belajar untuk adapt setiap sifat dan sikap adik-adik peserta ini.

Apa yang menjadi keutamaan saya, pastikan tiada seorang pun rasa disisih atau tersisih. Maka dengan itu, saya perlu menghafal nama adik-adik kumpulan saya. Kebanyakkan nama mereka adalah nama-nama model yang sukar untuk disebut dan mengambil masa yang  sedikit lama untuk mengingati. Jadi saya guna waktu lapang yang ada untuk hafal nama-nama itu. Fuhh.. macam hafal sifir pula.

Adik-adik peserta


Impian itu.

Antara perkara yang paling saya suka lakukan ketika aktiviti LDK adalah berkongsi impian dan harapan. Bila bercakap tentang impian dan harapan, setiap orang pasti memilikinya.

Hari itu, saya cuba menyelami hati dan fikiran adik-adik kumpulan saya. Bertanyakan mereka berkaitan impian dan harapan mereka. Pada awalnya mereka malu-malu untuk berkongsi. Malu sekiranya ada yang mentertawakannya. Namun apabila diprovok dengan sedikit kata-kata perangsang dikuatkan dengan kisah Al-Fateh yang memasang impian yang tinggi untuk menakluki kota Konstantinopel, barulah mereka sudi untuk berkongsi tentang semua itu. Kesemuaan mereka memiliki impian dan harapan yang tinggi.


Al-Fatehah, Gadis Pembuka.

Apa yang syoknya, bila saya bercerita tentang sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh, semua adik kumpulan saya memberi tumpuan kepada penceritaan saya. Mereka begitu teruja mendengar sesuatu yang baru dan mengagumkan.

Melihat keterujaan mereka, lagilah bersemangat dan rancak saya bercerita. Kerana begitu mengagumi sejarah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh, sampaikan nama kumpulan pun mereka mahu meletakkan nama 'Al-Fateh' namun disebabkan sudah ada kumpulan lain yang menggunakan nama tersebut maka mereka memodifikasikan nama Al-Fateh versi perempuan menjadi Al-Fatehah, gadis pembuka.


Dihargai dan menghargai.

Ya. Ini kali pertama saya rasa begitu dihargai. Serius... rasa terharu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Semua itu tidak mampu menggambarkan segala isi hati saya ketika ini.

Kerana itu jugalah saya rasa nak menangis apabila disuruh untuk membuat post-morterm berkaitan program ini.

Sewaktu LDK 1, saya ada berkongsi dengan mereka tentang satu cerita berkaitan 'Tidak disayangi atau Tidak Menyayangi'.

Cerita itu mengisahkan tentang kehidupan seorang nenek tua setelah kematian suaminya. Memiliki anak dan cucu yang ramai, namun malang tiada seorang pun antara mereka yang sudi menerima dan menjaganya. Lantas dia dihantar ke rumah orang tua. Hiduplah nenek tua itu di rumah orang tua itu.

Suatu ketika, mungkin kerana begitu sedih, nenek tua itu mengeluh dengan berkata


"Perkara yang paling malang dalam hidup ini ialah apabila kita tidak disayangi."

Keluhannya itu didengari oleh salah seorang kawan baiknya, lalu kawan baiknya itu berbisik kepadanya

"Kamu salah... sebenarnya perkara yang paling malang dalam hidup, bukan kita tidak disayangi tetapi apabila kita tidak menyayangi."

Terkesan dengan cerita sendiri, saya mahu adik-adik turut rasa mereka dihargai. Jadi seboleh saya mahu melakukan sesuatu yang menghiburkan hati mereka.

Memandang mereka ini masih lagi dalam lingkungan umur kanak-kanak, pastinya mereka lebih suka bermain. Kalau masuk bab bermain, tampak segar semuanya.

Sewaktu menjalankan LDK 1, ketika menceritakan kisah nenek tua, salah seorang daripada mereka memberi cadangan kepada saya untuk bermain satu permainan yang diberi nama 'Nenek Si Bongkok Tiga'.

Apabila melihat ada antara mereka yang kelihatan sedikit boring, saya akhirnya menerima cadangan itu. Dengan saya sekali mereka ajak bermain. Untuk tidak menghampakan dan menghargai mereka, terpaksalah buang segala rasa malu buat seketika waktu bermain bersama mereka. haha.


Inspiration.

Segala keletihan dan kepenatan, semua itu tolak tepi. Apa yang penting, pengalaman yang diperoleh itu. Ia sangat bernilai. Tidak dapat ditukar ganti.

Agaknya ini yang dikatakan kepuasan. Kepuasan dalam berkongsi. Satu nikmat yang tidak mampu diungkap. Hanya mereka yang melaluinya sahaja yang mampu merasai betapa manisnya kenikmatan itu.

Sesungguhnya, ilmu dan pengalaman perlu seiring untuk mengukuhkan jati diri.

Barisan Fasilitator


Terima kasih untuk pengalaman yang berharga ini.

1 March 2016
9.30 PM

Cerpena : Bukan Niatku Melukai Hatimu.

Nukilan : Hidayatun Nadhirah
Cerpen Bersiri





Ketika ini, Nurul Qaireen berdiri di tangga. Di tangannya, terdapat satu sampul surat. Di dalamnya terkandung surat tawaran bagi menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

                Enam bulan dia menanti. Penantian yang penuh dengan debaran dan teka-teki. Dia begitu mengharap, rezeki Allah masih ada buatnya. Dalam ribuan pemohon, dia mahu dirinya berada dalam kalangan yang terpilih. Itu yang selalu dipinta dalam setiap doa munajat yang dia panjatkan tanpa putus-putus kepada Yang Esa.

                Memilih untuk tidak terus berada di bangku sekolah, menduduki apa-apa lagi peperiksaan besar, sama ada Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mahupun Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), itu pilihan nekad daripadanya.

                Biarpun pada mulanya, ada saranan daripada ibu agar dia memikirkan kembali keputusan itu, menimbang balik baik buruk tindakan yang bakal diambil. Alhamdulillah… dia yakin dengan keputusan yang telah dibuat.

                Sejak dari itu, ibu tidak lagi bersuara mengenai perkara itu. Berkaitan hal itu, ibu sama sekali tidak akan memaksa malah tidak juga akan menghalang sekiranya tiba-tiba dia berubah fikiran untuk mengambil antara salah satu daripadanya. STAM ataupun STPM.

                Kata ibu, “Kalau ambil, bagus… kalau tidak ambil, bukan bermakna tidak bagus. Sambunglah belajar di mana-mana sahaja sekalipun. Dua-duanya ada kelebihan masing-masing. Sekarang, apa yang perlu kamu buat, pilihlah apa yang terbaik bagi kamu.”

                “Ikut gerak hati kamu kata apa. Tapi... dalam kamu ikut kata hati, perlu juga kamu berhati-hati, ada kalanya suara hati, sifatnya mampu menipu. Maka... tindakan terbaik, pohon petunjuk dari Allah.”

                Bicara ibu suatu ketika dahulu, yang berbaur nasihat itu, masih lagi segar dalam kotak mindanya. Tertanam kukuh dalam hati. Masakkan dia akan lupa akan kata-kata itu. Sudah tentu tidak. Kerana kata-kata itu juga, dia memberanikan diri untuk berhadapan dengan ibu pada hari ini.

                Waktu yang dilalui terasa cukup lama dan menyeksakan. Namun, itu bukanlah pematah semangat untuk dia terus bertahan. Dia akan terus menanti. Menanti dengan penuh kesabaran. Bukakah itu yang Islam sarankan? Sabar dan terus bersabar.

                Mungkin sabar itu sesuatu yang mudah untuk diungkat, namun sukar untuk dilakukan. Tetapi percayalah, apabila ia terus dilatih, Insha-Allah... kesabaran itu akan jua diperoleh.

                Sebagaimana sabda Rasullah SAW tatkala menggambarkan hikmah apabila seseorang itu mendidik dirinya agar sabar, maka di atas usahanya itu, Allah akan menjadikannya seorang yang sabar.

                Detik masa itu terus berputar. Kini, jawapan kepada penantian itu, akhirnya terjawab. Penantiannya tidak sia-sia. Benar, dari sabar itu pasti ada hikmahnya. Syukur, pemohonannya diterima. Lebih mengembirakan lagi apabila dia ditawarkan, dalam bidang yang sangat diimpikannya. Asasi Perakaunan. Itu yang menjadi pilihan utamanya ketika mana permohonan UPU diisinya suatu masa dahulu.

                Namun, ada sesuatu yang menganggu ruang fikirannya kini. Yang mungkin bakal menjadi masalah dan juga penghalang buatnya nanti. Ianya adalah…ibu.

                Nurul Qaireen menarik nafas dalam-dalam. Lalu, setapak demi setapak dia melangkah. Sampul surat di tangan dipegang erat. Dia perlu kuat. Apa sahaja yang bakal berlaku nanti, dia akan tetap pertahankan pendiriannya.

                Dari jauh, Nurul Qaireen dapat melihat ibunya sedang menilik-nilik Ipad Samsung galaxy kepunyaannya. Ketika ini, ibu sedang duduk di sebuah meja yang terdapat di suatu ruang antara ruang makan dengan ruang tamu.

                Biasanya, di situlah tempat untuk ibu melakukan kerja-kerjanya. Tidak cukup di pejabat, di rumah juga ibu akan cuba cari masa untuk berkerja.

                Tugas sebagai seorang arkitek senior, nampak cukup memenatkan. Itu yang Nurul Qaireen lihat pada ibunya. Terbang sana sini, sudah menjadi perkara biasa bagi ibu. Berpuluh-puluh tender telah berjaya diuruskan dengan baik oleh ibu. Banyak bangunan yang tersergam megah di kota-kota bandaran utama di dalam negara dibina menggunakan lakaran kombinasi idea ibu. Jadi, tidak mustahillah jika ibu tergolong dalam kalangan arkitek terhebat negara.

                Biarpun kehidupan ibu banyak dihabiskan dengan kerja, tugas seorang ibu kepada tiga cahaya mata tercinta tetap masih dijaga sebaik mungkin. Makan minum dan pakai anak-anak masih terurus dengan baik. Itu yang hebatnya ibu di mata Nurul Qaireen. Sesibuk mana pun dia dalam dunia kerjayanya, kewajipan seorang ibu tidak pernah dia abaikan.

                Bagi Nurul Qaireen, dia bangga punya ibu seperti ibunya. Tetapi, adakah ibu juga akan turut berbangga mempunyai anak sepertinya?

                Nurul Qaireen terus menghampiri ibunya. Sebaik sahaja tiba, matanya terpandang pada beberapa gulung kertas pelan yang terletak rapi di sebelah sebuah komputer riba.

                   Mungkin kerja ibu sudah selesai. Duga Nurul Qaireen. Sampul surat yang dipegang tadi disembunyikan buat seketika di belakang badan.

                “Mummy…” Nurul Qaireen menguntumkan senyuman manis. Perlahan-lahan tangan kanannya menarik kerusi. Setelah itu, tubuh dilabuhkan di atas kerusi yang diperbuat dari kayu jati itu.

                Puan Auliya mengangkat wajah. Lantas, bibirnya turut menggariskan satu senyuman ikhlas buat puteri tersayang.

        “Mummy sibuk?” Berhati-hati Nurul Qaireen bertanya.

                 “Tak. Kenapa? Adik ada nak beritahu sesuatu?” Jawab Puan Auliya berserta dengan pertanyaan. Ipad di tangan diletakkan seketika. Kedua belah tangan diangkat ke meja. Jari-jemari disatukan. Dagu diletakkan di atas susunan jari-jemari itu.

                Nurul Qaireen diam buat seketika waktu. Bibir bawah digigit lembut. Minda masih lagi berkira-kira sama ada mahu memberitahu ataupun tidak.

        “Beritahu saja. Mummy tak akan marah.” Ujar Puan Auliya seakan mampu membaca fikiran anaknya ketika ini. Seorang ibu sudah tentu mampu untuk melakukan semua itu. Kekuatan naluri seorang ibu memang tidak boleh dinafikan lagi.

        Nurul Qaireen membawa sampul surat yang disorok di belakangnya tadi ke atas meja. Sejurus itu, Puan Auliya mengerut dahi sambil tangan mencapai sampul surat itu. Wajahnya penuh dengan tanda tanya.

                “Surat apa ini?” Soal Puan Auliya. Tangannya teraba-raba untuk mengeluarkan isi sampul surat tersebut.

                “Surat tawaran sambung belajar.” Jawab Nurul Qaireen lalu menundukkan kepala memandang lantai. Mata dipejam. Hujung bibir digigitnya lagi. ‘Ya Allah, tolonglah…” Hatinya berbisik.

        Nurul Qaireen mengerling ke arah Puan Auliya yang ketika ini sedang membaca isi kandungan surat tersebut. Dia tidak mahu mengangkat wajah memandang terus ke arah ibunya. Dia seakan dapat mengagak apa respons yang bakal diterima daripada ibu.

        Debaran hati terasa sungguh mencengkam jiwa. Jantungnya pula mula bertukar rentak. Berdegup kencang. Lantas, dia meramas-ramas pergelangan tangan. Dalam usaha memujuk diri agar bertenang.

        Puan Auliya membelek helaian surat di tangan sepintas lalu. Sejurus itu, kedengaran bunyi keluhan terluah. Serentak itu juga kepalanya tergeleng-geleng.

                “Maaf, Mummy tidak izinkan.” Putus Puan Auliya dengan nada suara yang lembut namun tetap ada tegasnya. Surat yang dipegangnya sebentar tadi dimasukkan kembali ke dalam sampul. Lalu diletakkannya di atas meja. Ipad kembali dicapai.

        Nurul Qaireen pantas mengangkat wajah. Seperti yang dijangkakan. Itu yang bakal dia dengari dari mulut Puan Auliya. Namun dia tidak mahu terus mengalah. Dia akan berusaha untuk cuba memujuk Puan Auliya.

                “Tapi adik minat bidang itu. Adik…” Nurul Qaireen cuba memujuk. Namun ayatnya tersangkut apabila Puan Auliya cepat-cepat memotong.

                “Bila Mummy cakap tidak, selamanya tidak. Faham!” Tegas Puan Auliya. Kali ini suaranya sedikit meninggi. Ipad diletakkan kembali di tempatnya dengan kasar. Rona mukanya telah bertukar merah. Amarahnya terbangkit. Matanya merenung tajam ke arah Nurul Qaireen. Renungan mata itu ditentang berani oleh Nurul Qaireen.

                “Adik tetap mahu teruskan juga.” Kali ini Nurul Qaireen juga akan tetap dengan pendiriannya. Dia sudah bertekad, walau apa pun yang terjadi dia tetap akan terus berjuang bagi memastikan impiannya tercapai.

        “Nurul Qaireen! Mummy tidak pernah ajar anak Mummy lawan cakap Mummy.” Puan Auliya bangkit dengan kasar. Kesan daripada tindakannya itu, terhasilnya bunyi geseran kerusi tatkala ia terseret pada lantai.

                “Dulu… bila Mummy suruh adik ambil aliran Sains, adik ikut sahaja. Kali ini berilah sedikit peluang kepada adik untuk buat keputusan sendiri. Pilih bidang apa yang adik mahu ceburi.” Mata Nurul Qaireen mula berkaca. Namun, dia cuba untuk bertahan dari menumpahkan titisan itu.

        “Walaupun kamu ambil sains… Kamu ingat Mummy tidak tahu dalam diam-diam kamu ambil subjek akaun? Kamu ingat Mummy buta? Bodoh? Sampai tidak tahu langsung semua itu. Mummy tahu. Tapi Mummy sengaja diamkan sahaja.”

        Mendengar sahaja kata-kata ibu, Nurul Qaireen terdiam. Terkejut dan terkesima. Tidak disangka, perkara yang selama ini cuba disembunyikannya daripada pengetahuan ibu sebenarnya telah lama diketahui.

        “Kamu pilihlah apa sahaja bidang yang kamu mahu, Mummy tidak kisah… tapi bukan bidang itu.” Ujar Puan Auliya dengan tangan bercekak di pinggang. Dia menghadap Nurul Qaireen.

        “Apa yang salah sebenarnya, kalau adik nak sambung dalam bidang itu.” Nurul Qaireen mendonggak sedikit wajahnya memandang ke arah Puan Auliya.

        “Jadi salah bila Mummy tidak suka.” Terserlah ketegasan pada rauk wajah Puan Auliya.

        “Adik nak ikut jejak langkah Daddy jadi akaunt...

        “Jangan! Kamu tidak boleh ikut jejak langkah Daddy kamu.” Cepat-cepat Puan Auliya memintas kata-kata Nurul Qaireen. Waktu ini, mukanya tampak cemas dan takut. Namun, perubahan wajah itu tidak disedari oleh Nurul Qaireen.

                Berkerut dahi Nurul Qaireen saat mendengar kenyataan Puan Auliya. Dia keliru dan pelik. Hati dan juga minda kini mula tertanya-tanya. Kenapa ibu melarangnya untuk mengikut jejak langkah ayah?

        “Tapi kenapa?” Soal Nurul Qaireen dengan harapan kekeliruan yang mula timbul dapat dirungkai secepat mungkin.

                Pertanyaan itu membuatkan Puan Auliya kelu untuk terus berbicara. Sejurus itu, dia menghela nafas.

                “Kamu tidak perlu tahu kenapa dan mengapa Mummy bertindak begitu. Cukuplah kamu tahu Mummy tidak suka anak-anak Mummy ambil bidang itu.” Puan Auliya merendahkan suaranya. Ada sesuatu yang mengusik kalbunya kini. Jiwanya sebak bila diungkit perihal itu. Lantas dia berpaling membelakangi Nurul Qaireen. Tangan pula dibawa bersilang di dada.

                Untuk melupakan sesuatu yang telah berlaku, ianya terlalu sukar untuk dilakukan oleh Puan Auliya. Kejadian itu benar-benar buat dia mengalami ketakutan dan trauma yang sukar dibendung. Kehilangan, sesuatu yang sukar untuk diterima. Dia cuba tanamkan sifat redha dalam diri tetapi hati kecilnya masih lagi mendesak, masih lagi mempersoalkan mengapa perlu dia yang dipilih untuk menerima semua ujian ini.

               Nurul Qaireen tidak berpuas hati dengan jawapan ibu sebentar tadi. Dia yakin ada sesuatu yang cuba ibu sembunyikan daripada pengetahuannya. Jadi dia perlu cari tahu tentang perkara itu.

        “Tapi adik ada hak untuk tahu kenapa Mummy begitu melarang. Mesti semua ini bersebab. Dan semua sebab itu, adik perlu tahu. Cuba Mummy beritahu adik...” Kata Nurul Qaireen dengan intonasi suara memujuk.

        “Cukup! Mummy tidak mahu cakap lagi tentang semua ini. Keputusan Mummy tetap sama.” Jelas sekali kini Puan Auliya tidak lagi mampu dipujuk.

        “Mummy tetap tidak akan izinkan kamu sambung dalam bidang itu.” Titik keputusan daripada Puan Auliya. Cukuplah sekali ia berlaku, tidak untuk kedua kalinya. Dia tidak sanggup menghadapinya lagi.

             Seraya itu juga, Nurul Qaireen bangun. Dia berdiri memandang ibunya. Ibu masih berkeadaan seperti tadi, berdiri membelakangi dirinya.

        “Kalau Mummy tetap dengan keputusan Mummy… adik pun akan tetap dengan pendirian adik. Adik akan tetap nak ambil bidang itu!” Kata Nurul Qaireen nekad lalu berlari meninggalkan ibunya. Dia tidak mahu lagi bertikam lidah dengan Puan Auliya. Bimbang nanti disebabkan bicaranya, hati ibu akan lebih terguris.

                “Nurul Qaireen!” Sebaik mendengar kata-kata Nurul Qaireen, Puan Auliya pantas berpaling. Namun belum sempat dia meneruskan bicaranya, kelibat Nurul Qaireen sudah semakin menjauh dan akhir hilang di balik tiang.

                Baru sahaja Nurul Qaireen mahu mengangkat kaki untuk mendaki anak tangga, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila telinganya menangkap suara lantang Puan Auliya yang kedengaran sedikit melaung. Dia berhenti dari terus menapak. Berselindung di balik dinding yang menjadi penghadang kedudukannya dengan Puan Auliya.

        “Kalau itulah keputusan kamu, terpulang pada kamu. Buatlah apa yang kamu suka. Tapi kamu kena ingat, segala perbelanjaan dan yuran pengajiaan kamu nanti, Mummy tak akan tanggung. Pandai-pandai kamulah cari semua itu.” Laung Puan Auliya. Bicaranya kedengaran seperti satu ugutan. Hanya itu yang terlintas di fikirannya untuk menghalang tindakan Nurul Qaireen.

                Puan Auliya kembali duduk di kerusi. Dia termenung. Fikirannya kini berpusar memikirkan Nurul Qaireen. Anak itu kini sudah berani menentangnya. Entah apa yang mendorongnya untuk dia bertindak sebegitu.

                Puan Auliya meraup wajahnya. Nafas direngus kasar. Fikiran mula berserabut. Hati mula bercelaru. Kebimbangan mula menjengah.

                ‘Adik, andai kamu tahu sebab mengapa Mummy begitu melarang kamu... ikut jejak langkah Daddy kamu, pasti kamu tidak akan berbuat demikian. Tapi Mummy tidak dapat memberitahumu tentang semua itu. Ini semua demi keselamatanmu. Rintih hatinya.

                Nurul Qaireen terus melangkah memanjat anak tangga. Air mata akhirnya menitis jua. Pantas air mata yang mengalir di pipi mulusnya itu disapu menggunakan hujung lengan baju T-shirt panjang yang dipakainya. Tatkala dia sedang melangkah dengan wajah sedikit tertunduk, tiba-tiba laluannya dihalang seseorang. Lantas dia terus mengangkat wajah.

                    ‘Aduh… waktu ini juga dia mahu muncul.’ Desis hatinya.

                 “Adik tak nak cakap apa-apa dengan akak.” Ujar Nurul Qaireen dengan suara serak-serak basah.

               “Siapa nak cakap dengan kau.”  Qaisara mempamerkan muka yang menjengkelkan. Dengan tangan bersilang di dada bersama jelingan mata yang tajam, gayanya nampak begitu angkuh dan sombong.

                Qaisara adalah kakak kapada Nurul Qaireen. Walau bagaimanapun, lagaknya langsung tidak menunjukkan dia sebagai seorang kakak. Qaisara begitu gemar membuli dan menyakiti adiknya itu. Dalam sehari, hatinya tidak akan tenang selagi dia tidak melakukan apa-apa terhadap Nurul Qaireen. Pergaduhan sudah menjadi perkara biasa antara mereka. Perdamaian seakan sukar untuk diraih oleh Nurul Qaireen.

                Apabila pergaduhan tercetus antara mereka, Nurul Qaireenlah yang terpaksa mengalah. Sepatutnya yang tua seharusnya mengalah dan beralah pada yang muda, namun sepanjang hidup Nurul Qaireen, dia tidak pernah merasai semua itu. Yang selalu dia hadapi, hanyalah terus dipersalahkan.

                Nurul Qaireen hanya rasa bebas dari segala ancaman itu apabila dia mula menetap di asrama. Itulah waktu yang paling tenang dan mengembirakan dia. Bebas dari seorang kakak yang entah kenapa begitu membenci dirinya.

                Nurul Qaireen bukanlah seorang lemah. Jika ikutkan kata hati, boleh sahaja dia bangkit bertindak melawan setiap tindakan yang dilakukan oleh Qaisara. Tetapi disebabkan rasa hormat pada seorang insan bernama kakak, dia memilih untuk diam dan bertahan.

                Kakak… kata-katanya, kadang-kala sangat menyakitkan telinga yang mendengar. Malah juga mampu mengguriskan hati seseorang. Dan ‘seseorang’ itu adalah Nurul Qaireen.

                Entah mengapa kakak melayannya sebegitu kejam sekali. Hatta dia tidak pernah sekali pun menyakiti kakak.

                Pukul? Sekali pun dia tidak pernah buat pada kakak. Tapi kakak, bukan sahaja pukul malah sepak pun sudah menjadi suatu hobi baginya.

                Bila ditanya ibu, kenapa kakak memukul dan menyepak Nurul Qaireen, pasti ada sahaja jawapan yang mampu diberikannya untuk mengelak dari terus dipersalahkan. Dengan sikap Nurul Qaireen yang hanya mendiamkan diri, lagi bertambahlah keyakinan ibu dengan apa yang kakak perkatakan itu.

                “Adik malaslah nak bertengkar dengan akak. Dah, tepi sikit. Adik nak naik.” Nurul Qaireen menolak lembut bahu kakaknya. Qaisarah membulat mata. Lantas lengan Nurul Qaireen dipegang. Kuat dan kasar.

                “Sakitlah akak!” Nurul Qaireen mengaduh.

             “Berani kau tolak bahu aku!” Dipulas lengan Nurul Qaireen sebelum ia dilepaskan.

                “Apa yang bising sangat ni?” Soal Puan Auliya yang tiba-tiba muncul di hujung anak tangga, di bawah.

                Sebentar tadi, Puan Auliya ada mendengar suara seseorang mengaduh kesakitan dari arah tangga. Lantas dia berjalan menuju ke arah datangnya suara itu. Sebaik sahaja tiba di tangga, dia melihat Nurul Qaireen dan Qaisara. Tatkala itu, Qaisara sudah melepaskan pegangan tangannya pada lengan Nurul Qaireen.

                “Adik ni… dia tolak kakak tadi. Nasib baik kakak sempat paut lengan dia. Kalau tidak memang tergolek jatuhlah kakak… dekat bawah sana.” Qaisara memuncungkan bibirnya.

                Nurul Qaireen menoleh ke arah Qaisara. Direnung wajah itu. Lalu dia mengeluh. Seperti yang dijangka. Itulah cara Qaisarah membela diri. Bijak dan licik.

                “Dah. Masuk bilik. Lewat malam dah ni.” Arah Puan Auliya.

                Kedua-duanya menurut. Qaisara terlebih dahulu mengatur langkah mendahului Nurul Qaireen.

                “Tepi!” Sempat lagi dilanggarnya bahu Nurul Qaireen. Tidak cukup dengan itu, disekeh pula kepala Nurul Qaireen.

                “Sakitlah…” Nurul Qaireen meletakkan tangannya dia kepala.

                “Kakak.” Tegur Puan Auliya. Kelakuan Qaisara dapat dikesannya.

                “Kakak gurau sahaja.” Ujar Qaisara tanpa menoleh. Dia terus mendaki anak tangga.

                Puan Auliya menggeleng-geleng kepala. Nurul Qaireen hanya memerhati kakaknya pergi. Setelah itu, Nurul Qaireen menoleh ke arah ibunya. Dipandang wajah ibu penuh dengan harapan ibu akan mengubah fikirannya.

                Ketika ini, Puan Auliya juga turut memandang ke arah Nurul Qaireen. Namun pandangannya tidak lama sebelum berlalu meninggalkan Nurul Qaireen tanpa mengeluarkan apa-apa bicara.

********

        “Adik yakin? Sudah buat solat hajat? Istikharah?” Bertubi-tubi pertanyaan daripada si pemanggil di sebelah sana.

                Nurul Qaireen mengangguk kepala walaupun tindakannya itu tidak mampu dilihat oleh si pemanggil itu.

                “Dah. Adik yakin. Hati adik juga rasa lapang dan tenang dengan keputusan yang adik buat. Tapi sekarang ini, Mummy pula yang tidak beri keizinan. Abang rasa, betul ke tindakan adik ini?”

        Seketika tiada suara yang kedengaran di sebelah sana namun panggilan masih lagi bersambung. Nurul Qaireen menanti.

        Pada waktu ini, dia sedang berhubung dengan abang sulungnya, Rafiq yang kini sedang berkerja di Kedutaan Malaysia di Riyadh, Arab Saudi melalui panggilan telefon.

                “Kalau adik nak jawapan berdasarkan pendapat abang... sebetulnya tindakan itu salah. Sebagai seorang anak kita perlu dengar apa yang ibu bapa suruh. Selagi mana ia tidak bertentang dengan ajaran islam, selagi itu juga kita perlu ikut.”

        “Mungkin kita tidak suka… Tapi kita kena ingat, yang kita suka tidak semestinya terbaik untuk kita. Begitu juga perkara yang kita benci, mungkin sebenarnya baik bagi kita.”

        Nurul Qaireen diam. Terpukul dengan nasihat itu. Kata-kata Rafiq ada betulnya. Dia tidak menafikannya. Lantas, dia terus diam membisu.

                “Macam inilah… kalau adik yakin dan adik rasa tenang bila buat keputusan itu. Adik teruskan. Soal Mummy, biarkan abang cuba pujuk pula. Sekarang ini, adik perbanyakkan doa. Minta Allah lembutkan hati Mummy untuk menerima. Manalah tahu, tiba-tiba Mummy berubah hati. Hati manusia ini mudah dibolak-balik oleh Allah, bukan begitu? Kata Rafiq bersama pertanyaan dengan nada berjenaka.

                “Ya… Betul Ustaz. Ana faham.” Nurul Qaireen menyambut jenaka abangnya itu. Ketawa mereka akhirnya pecah. Sedikit sebanyak kegalauan hati dapat diusir seketika.

                Nurul Qaireen bersyukur kerana masih ada yang sudi memahami dan mendengar luahan hatinya. Terima kasih abang, kerana sudi melayan kerenah adikmu ini…

                Seusai memutuskan talian, telefon bimbit diletakkan ke atas meja yang terletak berhampiran dengan katil. Setelah itu, dia melentangkan badannya di atas katil. Mata dibawa memandang siling bilik. Fikiran mula terbang melayang-layang tanpa destinasi. Hati pula berlagu sedih dan sayu.

              Pertengkaran dengan ibunya tadi kembali menjengah. Bukan niatnya untuk membantah hatta menentang kata ibu. Malah untuk melukai hati seorang wanita yang begitu cekal dan tabah dalam mendidik anak-anak setelah pemergiaan suami tercinta untuk selama-lamanya, sama sekali dia tidak tegar untuk berbuat sedemikian.

                  Tapi dia tidak boleh menipu dan menyeksa diri sendiri, kerana yang bakal menanggung semua itu kelak adalah dia. Dia berhak menentu masa depannya. Jadi, sama ada mahu atau pun tidak dia perlu juga pertahankan haknya.

                ‘Mummy… maafkan adik. Jujur, tidak terdetik sekalipun dalam hati ini untuk melukai hatta menyakiti hati kecilmu itu. Adik cuma mahu ibu memahami. Cukup hanya dengan memahami. Adik tidak minta lebih dari itu.’ Hatinya bermonolog sendiri.

                Malam terus berlabuh. Berlabuhlah juga dia bersama kesedihan di hati. Tenanglah duhai hati. Damailah wahai jiwa.


Bersambung…


10.45 PM.